Luahan Hati

Assalamualaikum.

Apa khabar semua orang? Sihat? Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat. Sekarang ni tengah cuti sekolah, masa cuti sekolah ni jelah jari-jemari aku ada masa nak menari-nari di atas keyboard ni, kalau selain dari cuti sekolah tu memang tak ada masa. Maklumlah pelajar kolej lah katakannn.. Faham-faham jelah, assignment banyak tinggi menggunung katanya. Untuk tahun ni banyak perkara telah berlaku. Terlalu banyak. Tak terkira. Yang sedih ada, marah ada, gembira ada dan semuanya ada. Macam-macam ada.

Aku tak tahu nak bermula dari mana. Hmmmmm, ok ini luahan hati aku. Sesungguhnya aku tak suka orang yang suka mendesak dan memaksa aku. Nak tahu kenapa? Sebabnya aku rimas. Bila aku dah rimas, perasan jemu dan cepat bosan tu pasti datang. Ahli keluarga aku pun tak pernah mendesak dan memaksa aku. Jadi, sekiranya orang luar berbuat demikian, aku tak boleh terima sama sekali. Tak boleh ok tak boleh. Terpulang pada aku nak keluar dengan siapa. Terpulang pada aku nak call siapa. Terpulang pada aku nak ber-sms dengan siapa. Terpulang pada aku nak bergambar dengan siapa. Terpulang pada aku nak ber-chatting dengan siapa. Semua tu terserah dan terpulang pada aku. Orang lain tak ada hak untuk melarang.

Aku keluar dengan seseorang, semuanya atas keizinan keluarga aku. Aku tak pernah keluar senyap-senyap tanpa kebenaran. Sungguh pun aku berjauhan dengan keluarga aku, aku tetap beritahu mereka ke mana aku pergi, bersama siapa aku pergi.. Tak pernah aku mendiamkan diri. Aku call/ber-sms dengan seseorang, takda kena mengena dengan orang lain. Bukannya mereka yang membayar bil telefon aku. Aku bergambar dengan seseorang itu bukan urusan mereka. Dengan siapa aku ber-chatting, itu juga bukan urusan mereka. Keluarga aku tak berkata apa-apa, tak larang apa-apa, kenapa mereka yang tak berkenaan pula yang lebih sudu dari kuah? Kenapa? Siapa mereka untuk memaksa aku jangan buat itu dan ini? Siapa?

Siapa mereka nak memaksa aku mengikut kata mereka? Mama aku? Abah aku? Abang aku? Kakak aku? Adik aku? Saudara-mara aku? Orang tersayang aku? Bukan, mereka hanya orang luar yang tak ada kena mengena dengan aku. Kadang-kadang orang luar ni pulak yang terlebih ambil berat pasal kita tapi bagi aku ini bukannya ambil berat tetapi ini namanya penyibuk. Sampaikan dengan siapa aku nak keluar pun menjadi satu isu sedangkan mama aku tahu dan tak kata apa pun.

"Mama, esok kakak nak keluar dengan kawan-kawan kakak."
"Ok. Jaga diri nanti. Apa-apa call ok?"

Ok, dah dapat green light. Senang sangat. Tapi dengan orang lain yang tak ada kena mengena langsung ni..

"Esok buat apa je?"
"Keluar dengan kawan."
"Keluar dengan kawan? Kawan perempuan @ lelaki? Berapa ramai? Gi mana je? Buat apa kat sana? Bila pergi? Bila nak balik? Naik apa? Bla bla bla bla bla....."
"Errrrrrrrrrr.."

Bukan main lagi bertubi-tubi soalan yang dia bagi. Hmmmm aku tak faham betul dengan orang macam ni. Dah kenapa dengan mereka ni? Kenapa nak tahu sangat? Kalau aku beritahu pun, apa yang mereka boleh buat? Apa yang mereka dapat? Tak mendatangkan sebarang keuntungan pun. Kereta Audi, rumah banglo dan duit berjuta-juta takkan jatuh dari langit sekiranya mereka tahu. Tak faham. Please stop being so busy body. Just mind your own business. Ok? Thank you. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment